Lokasi
Pasir Gudang terletak 30 km di timur Johor Bahru. Ia terletak di hujung barat kawasan metropolitan Johor Bahru. Jumlah penduduk adalah sekitar 100,000 orang.
Majlis/Aktiviti
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di kawasan Pasir Gudang adalah melibatkan elektrik dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, kimia biofuels, produk-produk makanan, industri asas-kejuruteraan, pelabuhan-pelabuhan dan logistik, pergudangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan plastik.
Pusat Perindustrian Utama di Selatan Semenanjung Malaysia
ehingga kini, terdapat lebih daripada 300 buah kilang di kawasan Pasir Gudang yang telah menyediakan lebih daripada 30,000 peluang-peluang pekerjaan untuk 100,000 orang masyarakat di Pasir Gudang. |
|
Latar belakang sejarah
Nama Pasir Gudang asalnya merupakan sebuah lombong pasir di Kampung Ulu. Pasir telah dilombong dan disimpan di dalam gudang, kemudiannya di eksport ke Singapura. oleh itu, ia dinamakan sebagai 'Pasir Gudang'. Pada awal abad ke 20, Pasir Gudang merupakan kawasan pertanian . Pada tahun 1969, skim-skim tanah FELDA telah ditubuhkan di kawasan Pasir Gudang . Bagi meneruskan usaha membangunkan bahagian barat Johor, Kerajaan Negeri telah menukarkan tanah-tanah estet kepada kawasan perindustrian dan perumahan untuk membangunkan Pasir Gudang menjadi sebuah kawasan perindustrian.
Perhubungan
Kini, Zon Ekonomi Utama D adalah bersambung dengan empat lorong Lebuh raya Pasir Gudang, satu jalan utama dan satu landasan kereta api ke Johor Bahru. |