Privasi & Notis

Perundangan

Maklumat yang terkandung di Laman ini adalah untuk panduan umum berkaitan hal berkepentingan sahaja. Aplikasi dan kesan undang-undang mungkin berbeza berdasarkan fakta khusus yang terlibat. Disebabkan oleh sifat undang-undang, peraturan dan kegagalan talian komunikasi yang sering berubah, berkemungkinan berlaku penangguhan, pengabaian dan ketidaktepatan pada maklumat yang terkandung di dalam laman ini

Sehubungan ini, maklumat di dalam Laman ini disediakan dengan fahaman bahawa penulis dan penerbit tidak terlibat dalam pemberian nasihat professional or prekhidmatan undang-undang, perakaunan, cukai atau lain-lain. Oleh demikian, ia tidak patut digunakan sebagai pengganti kepada perundingan dengan profesional perakaunan, cukai, undang-undang atau penasihat-penasihat cekap yang lain. Sebelum membuat sebarang keputusan atau mengambil sebarang tindakan, anda perlu berunding dengan penasihat profesional dalam bidang berkaitan.

Kami telah berusaha untuk memastikan bahawa segala maklumat yang terkandung di dalam Laman ini diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (PBWP) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau pengabaian, atau ke atas akibat hasil daripada penggunaan maklumat ini

PBWP, syarikat-syarikat berkaitan, ejen-ejen atau pekerja-pekerja atau perunding-perundingnya tidak akan dalam keadaan apa sekali pun bertanggungjawab kepada anda dan sesiapa sahaja untuk sebarang keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil atas kepercayaan terhadap maklumat di dalam Laman ini atau untuk sebarang ganti rugi akibat, ganti rugi khas atau yang sedemikian, walaupun dinasihatkan atas kemungkinan kerosakan sedemikian

Pautan tertentu di dalam Laman ini berhubung dengan Laman-Laman Web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang bukan di bawah kawalan PBWP. PBWP tidak bertanggungjawab di atas ketepatan maklumat atau aspek lain yang terkandung di dalam Laman-Laman Web tersebut.

 
Privasi

Notis ini adalah berkaitan khususnya dengan penghantaran borang yang kini terdapat pada laman ini . PBWP hanya akan menggunakan maklumat yang dikumpul daripada boring-borang sedemikian untuk membantu dan melengkapkan pertanyaan atau masalah berkaitan dengan PBWP.

Maklumat ini tidak akan digunakan untuk tujuan pemasaran dan tidak akan diserahkan kepada pihak lain. Selepas pekara berkenaan penghantaran selesai maklumat ini akan dibuang dan tidak akan disimpan di dalam sebarang media.

Artikel Berkaitan

Pautan Berguna

Organisasi Kerajaan    ...

Terima-kasih

Terima kasih di atas minat anda kepada...

Privasi & Notis

Perundangan Maklumat yang...

Kenapa Malaysia? Kelebihan-kelebihan Malaysia

Merupakan sebuah Negara yang stabil, p...

Perbandingan Kadar Jenayah

Tahun 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-A...

Membeli-belah di mana?

Membeli-belah Sebagai Gerba...

Pelan PBWP (IRDA)

Terdapat 32 pelan untuk menyediakan pe...

 
Share |