Projek Infrastruktur Iskandar Malaysia Berpiawaian Kualiti

23 April 2009, By IRDA

JOHOR BAHRU, Rabu, April 22 – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) yang diberi mandat melaksana projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9) di Iskandar Malaysia dan Iskandar Investment Berhad (IIB) bekerjasama melaksanakan program latihan untuk kontraktor dan perunding projek yang dianugerahkan projek pembinaan di wilayah itu.

Satu bengkel latihan pengurusan keselamatan telah dijalankan semalam, kedua seumpamanya dari empat siri bengkel dijadualkan tahun ini, merangkumi aspek seperti pengurusan keselamatan jalanraya, keselamatan di tempat pembinaan, pembesaran jalanraya dan kualiti pembinaan jalan baru.  Latihan itu dikendalikan Global Institute of Safety Management (GiSM), yang menerima akreditasi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (DOSH)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Harun Johari, “Kita mahu menjalinkan kerjasama berpasukan lebih erat (merangkumi kontraktor, perunding dan penyelia) untuk meningkatkan aspek kerja dan keselamatan, sekaligus memastikan semua kerja pembangunan di Iskandar Malaysia memenuhi aspirasi yang diingini serta menepati tahap dan amalan terbaik antarabangsa.”

“Kefahaman di kalangan pemilik projek, perunding dan kontraktor ini penting seiring dengan harapan dan perspektif antarabangsa, memenuhi pengukuhan dan pembangunan sebuah metropolis bertaraf dunia,” tambahnya.

Bengkel tersebut antara program memantapkan kemahiran dan pengetahuan kontraktor serta perunding seiring piawaian cara kerja yang baru.  Ini sebahagian usaha IRDA mengaplikasi piawaian mutu antarabangsa dalam kesemua projek RMK9 di bawah seliaannya termasuk pengurusan trafik, persekitaran dan keselamatan. 

Siri bengkel yang dijalankan itu menyokong  saranan kerajaan agar semua kontraktor Kelas A mempunyai akreditasi ISO 2000.  Selain itu, semua perunding dan kontraktor yang menjalankan projek dengan IRDA diwajibkan menghadiri bengkel itu.

Selain bengkel, pihak IRDA juga menjalinkan kerjasama dengan DOSH bagi menjalankan pemeriksaan di tapak-tapak binaan bagi memastikan semua peraturan yang ditetapkan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara serta Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) dipatuhi.

Pengurus Kanan Pembinaan, Firdaus Saif, yang turut menghadiri bengkel berkenaan, berkata usaha menghimpunkan kesemua kontraktor yang terbabit dalam projek berkenaan adalah inisiatif yang baik, selari dengan matlamat mencapai tahap kualiti dan keselamatan mengikut piawaian antarabangsa.

“Bengkel berkenaan menyediakan kami kefahaman yang lebih jelas berhubung keperluan IRDA supaya semua pihak boleh mengikuti sistem kerja yang sistematik” katanya.

Pengarah Urusan GiSM, Maimunah Khalid, berkata bengkel berkenaan turut membabitkan ujian praktikal berkaitan pengurusan trafik.

“Matlamat kami ialah supaya semua pihak terbabit dalam mengaplikasi budaya kerja yang tepat dan kaedah yang betul dalam melaksanakan sesuatu,” katanya.

Ketika ini, bengkel berkenaan dibuka kepada kesemua kontraktor dan perunding projek yang terbabit dalam pembangunan di Iskandar Malaysia. Namun, kontraktor lain yang berminat menyertai bengkel berkenaan untuk meningkatkan kemahiran, amat dialu-alukan. Maklumat lanjut hubungi Bahagian Projek dan Teknikal IRDA di talian 07-218 3000.  Bagi, talian maklumat mengenai projek-projek RMK9 di bawah seliaan IRDA pula boleh didapati mulai Mei ini, menerusi talian 07-218 3100 atau secara email kepadarmk9info@irda.com.my

Briefing On Importance Of Safety For RMK-9 Projects
Importance Of Safety For RMK-9 Projects
(PDF, 2MB)

Get Adobe Acrobat Reader Now! You need to have Acrobat Reader software to view these PDF files. Acrobat Reader is distributed by Adobe Systems Incorporated free of charge.

---TAMAT--

Siaran akhbar ini dikeluarkan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Iskandar Investment Berhad (IIB)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai IRDA 
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merupakan badan pelaksana yang merancang, mempromosi dan mudahcara pembangunan di Iskandar Malaysia ke arah kota metropolis yang mapan dan berdayasaing bertaraf antarabangsa, di mana suasana penghidupan, pekerjaan, perniagaan dan keselesaan membentuk kesempurnaan.
Pertanyaan media, hubungi Encik Ahmad `Asri Khalbi / Encik Ahmad Ghazali Musa / Puan Marsha Tan di talian     07-233 3000.

Mengenai Iskandar Investment Berhad (IIB) 
Iskandar Investment Berhad (IIB) adalah pemangkin Iskandar Malaysia. IIB melabur menerusi inisiatif strategik dan terpilih dalam pemegangan saham secara jalinan kerjasama atau sumbangan prasarana, sama ada melalui pembelian, pemajakan, konsesi ataupun pemberian hak.  Maklumat lanjut mengenai IIB, sila lawati www.iskandarinvestment.com


Artikel Berkaitan

Pelan PBWP (IRDA)

Terdapat 32 pelan untuk menyediakan pe...

Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS)

Dalam usaha untuk menyokong pembangun...

Muat Turun Risalah IR

Di sini anda boleh muat turun risalah-...

Nusajaya

Location ...

Kenapa Iskandar Malaysia? Kelebihan-kelebihan Strategik

Terletak di persimpangan laluan-laluan...

 
Share |