Dengan perkembangan berterusan diIskandar Malaysia, terdapat peningkatan pada jenis taman-taman bersepadu, sistem-sistem ruang terbuka, rekreasi dan kegiatan gaya hidup yang disediakan untuk penduduk-penduduk dan pelawat-pelawat.
Kami menyambut dan menggunakan taman-taman secara proaktif dan tempat-tempat lain sedemikian untuk berekreasi sebagai usaha mustahak untuk meningkatkan penjagaan kepentingan individu dan kecergasan komuniti, kesinambungan ekonomi serta memelihara dan memulihara sumber asli
 |
|
Ini adalah sebab kami melaburkan jumlah yang banyak dalam usaha membekalkan penduduk Iskandar Malaysia dengan taman-taman yang menarik, tempat bersiar, taman permainan, taman-taman tema/hiburan, lagun sukan air dan ruang-ruang terbuka lain yang direka dengan baik, selamat dan berfungsi selaras dengan perkembangan penduduk yang berterusan di rantau ini dan perubahan citarasa rekreasi.
Taman-taman, kawasan terbuka, tempat bersiar dan kawasan semulajadi yang banyak terdapat di Iskandar Malaysia akan membolehkan penduduk berhubung dengan alam semulajadi dan menghilangkan tekanan apabila mereka melibatkan diri di dalam aktiviti fizikal dan aktiviti-aktiviti intra-sosial, yang sangat penting untuk kesihatan. Dengan permulaan hasrat kami untuk mewujudkan metropolis yang baru ini dan pengekstrakan sumber daripada tanah bermula, Iskandar Malaysia memahami keperluan untuk memelihara dan menghubungkaitkan ruang hijau untuk kegunaan manusia dan hidupan liar.
Tempat-tempat awam Iskandar Malaysia merupakan peluang sangat baik untuk memperbanyakkan kegiatan sukan yang ditawarkan oleh kami. Dengan kawasan-kawasan tanah luas yang dikhaskan untuk sukan dan rekreasi, Iskandar Malaysia merupakan tarikan kepada mereka yang ingin meningkatkan gaya hidup luar mereka sebaik mungkin. Kemungkinannya adalah tidak terbatas |