Jalanraya
Iskandar Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang meluas. Selain itu, beberapa rangkaian jalan utama telah pun dicadangkan seperti Eastern Dispersal Link (EDL), Johor Bahru Coastal Road dan Johor Bahru Middle Ring Road. Tambahan, pelaksanaan program menaik taraf dan membaikpulih jalan raya yang relevan dan penting telah dicadangkan untuk kebanyakkan jalan raya-jalan raya di mana kegiatan ekonomi dijangka akan meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang dinaik taraf untuk melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta menyediakan laluan penghubung untuk menerajui pembangunan ke kawasan
Sistem Bas Awam
Dalam jangka masa pendek hingga ke sederhana, perkhidmatan bas awam akan terus dinaik taraf dan terus memainkan peranan penting sebagai tulang belakang pengangkutan awam di Iskandar Malaysia sehingga sistem landasan kereta api perbandaran besar-besaran mengambilalih. Dalam jangka masa panjang, perkhidmatan bas awam akan diorientasikan untuk menjadi perkhidmatan pengantara kepada sistem perkhidmatan pengangkutan rel.
Sistem Pengangkutan Pelbagai-Modal
Sistem pengangkutan pelbagai-modal akan terdiri daripada jenis rangkaian pengangkutan yang berbeza, yang dengan sendirinya membenarkan seseorang penumpang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perhubungan diantara jenis pengangkutan menyediakan keupayaan untuk bertukar dari satu jenis rangkaian ke rangkaian lain.
Sebuah terminal transit tempatan telah dicadangkan untuk diletakkan di CBD Johor Bahru. Terminal bas sedia ada di Jalan Trus adalah dicadangkan untuk dinaiktaraf untuk memberi kemudahan kepada terminal transit tempatan dan mempunyai laluan pejalan kaki yang menghubungkan Sentral I Johor Bahru dengan Terminal Transit yang terletak di Terminal KTM Johor Bahru yang sedia wujud.Terminal ini juga dicadangkan akan dinaiktaraf untuk berfungsi sebagai sebuah terminal transit tempatan yang menempatkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan-perkhidmatan seperti LRT, ERL dan Monorail.
Demi menyediakan perhubungan serantau, satu Terminal Transit Serantau yang dikenali sebagai Johor Bahru Sentral II di Senai telah dicadangkan. Terminal ini akan berfungsi sebagai sebuah terminal transit serantau untuk sistem transit daerah di Johor Bahru. Ia merangkumi kemudahan-kemudahan seperti sistem landasan kereta api berkelajuan tinggi, LRT dan perkhidmatan Komuter KTM.
Perhentian Bas dan Teksi
Perhentian teksi tambahan telah dicadangkan untuk diletakkan di lokasi-lokasi sesuai di dalam turutan jalan yang dicadangkan dan di dalam projek-projek pembangunan yang lebih besar, terutamanya bersebelahan dengan hentian bas seperti KTM Impian Perdana dan Kotaraya II. Perhentian teksi turut dicadangkan di sepanjang Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Trus untuk memberi perkhidmatan ke kawasan pejalan kaki yang diutamakan