Peluang Pekerjaan

Iskandar Malaysia dijangka menarik bakat-bakat bertaraf dunia untuk meneruskan kerjaya mereka di sini. Peluang-peluang pekerjaan banyak terdapat dalam kesemua industri-industri utama berserta pelbagai pilihan beriadah dan laluan ke alam semula jadi untuk membolehkan seseorang meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Dengan pembangunan Iskandar Malaysia, peningkatan peluang pekerjaan dalam pelbagai kelompok akan menjana keperluan tenaga pekerja yang andal dan mantap yang akan meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi baru ini.

Usaha sedemikian akan memerlukan bakat-bakat serantau yang terbaik dalam bidang perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, kawalan, pengurusan, kewangan dan promosi untuk memastikan kejayaan Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia menawarkan satu peluang yang unik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan khas yang akan membawa wawasan kemajuan metropolis Asia baru yang mengandungi unsur-unsur melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah.

Kami mengalu-alukan anda untuk melihat pekerjaan-pekerjaan yang terdapat di Iskandar Malaysia dengan menekan butang pautan kerja di bawah.

Artikel Berkaitan

Risalah-risalah Iskandar Malaysia

Anda boleh mencari dan memuat turun ri...

Sasaran & Tugas Kami

  Sasaran KamiKami di bahagian ...

Pemerolehan dan Penganugerahan Kontrak di Iskandar Malaysia

Lembaga Mesyuarat Tender PBWP dan Keme...

Privasi & Notis

Perundangan Maklumat yang...

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM)

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Kenapa Malaysia?

Kelebihan-kelebihan Malaysia Terkemuka...

Pelan PBWP (IRDA)

Terdapat 32 pelan untuk menyediakan pe...

Kenapa Malaysia? Kelebihan-kelebihan Malaysia

Merupakan sebuah Negara yang stabil, p...

 
Share |