UEM rancang lancar projek baru Nusajaya

16 November 2009 , By Utusan Malaysia

UEM Land Bhd. (UEM Land) akan melancarkan beberapa projek pembangunan bercampur baru di Nusajaya, Johor, yang merupakan pemacu utama Iskandar Malaysia, pada tahun depan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Abdullah Wan Ibrahim berkata, projek tersebut terdiri daripada kediaman dan runcit yang berkemampuan, sederhana, mewah dan tebingan (waterfront).

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu jumlah pelaburan yang terlibat untuk projek berkenaan.

"Pada masa yang sama, kami turut akan melancarkan beberapa projek baru di sekitar Lembah Klang, di sini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian jual beli dengan R.E.A.L. Education Group yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sim Quan Seng, untuk tanah keluasan 0.4 hektar di East Ledang, di sini hari ini.

Wan Abdullah berkata, UEM Land juga sentiasa mencari peluang untuk perjanjian strategik di Nusajaya sekali gus mewujudkan ke arah usaha sama kelak.

Ini kerana, katanya, UEM Land mustahil dapat melaksanakan semua kerja secara bersendirian mengambil kira faktor saiz Nusajaya sahaja.

"Buat masa ini, kami sedang berbincang dengan beberapa pihak yang berminat dari dalam dan luar negara terutama mereka yang mengkhusus dalam sesuatu bidang serta melengkapi teras perniagaan kami," katanya.

Mengenai perjanjian dengan R.E.A.L. Education, beliau berkata: "Nusajaya kini bersedia untuk menawarkan rangkaian keseluruhan kemudahan pendidikan dari pra sekolah hingga kolej dan universiti."

"Penglibatan dalam sektor ini adalah wajar kerana R.E.A.L. Education adalah penyedia perkhidmatan pendidikan yang mempunyai reputasi di negara ini dengan pelajaran berkualiti diberikan bagi membantu membentuk minda belia dalam masyarakat yang mereka beroperasi.

"Selain itu, institusi pendidikan lain yang bakal ditempatkan di Nusajaya ialah fakulti perubatan Universiti Newscastle, United Kingdom dan Kolej Marlborough Malaysia," jelasnya.

Tambahnya, tadika di East Ledang sejajar dengan rancangan Nusajaya untuk membangunkan masyarakat bersepadu di Nusajaya yang mana semua boleh bekerja, hidup dan bermain dalam satu kawasan.

"Kami menjangka Nusajaya akan 'dihidupkan' menjelang tahun 2012, dengan kemajuan pembangunan lapan projek pemangkin dalam pelbagai tahap dan penyelesaian," ujarnya.

Sementara itu, Quan Seng berkata, pembinaan tadika dengan pelaburan kira-kira RM4 juta (termasuk pembelian tanah) yang telah bermula pada September lalu dijangka selesai dan dibuka untuk orang ramai pada Januari tahun depan.

"Ini adalah penglibatan kedua kami di Nusajaya, dengan urusniaga pertama kami di Nusa Idaman," katanya.

Related Content

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Bas Perintis

Launch of Bas Perintis - "Khidmat...

Awareness Of The Iskandar Malaysia Brand

Iskandar Malaysia’s Brand is growing...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

 
Share |