Kaji bersama projek ikon di Iskandar Malaysia

05 November 2009 , By Berita Harian

Malaysia dan Singapura semalam membentuk satu kumpulan kerja baru untuk mengkaji pembangunan bersama projek ekonomi ikon di Iskandar Malaysia.
 
Penubuhan kumpulan kerja baru itu dipersetujui selepas majlis mesyuarat Jawatankuasa Menteri Bersama Kelima(JMC) untuk Iskandar Malaysia yang dimuktamadkan di Singapura semalam, demikian menurut kenyataan bersama Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pembangunan Negara Singapura.
 
Mesyuarat itu adalah susulan daripada perbincangan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatan, Lee Hsien Loong semasa Najib melawat Singapura, Mei lalu.
 
JMC turut menilai semula perkembangan yang dibuat setakat ini ke atas imigresen, pengangkutan, pelancongan dan persekitaran.
 
Kajian juga dimulakan untuk menilai kemungkinan tapak bagi pembangunan pelancongan bersama yang berotensi untuk meningkatkan aliran pelancong ke dalam dan antara Iskandar Malaysia dan Singapura.
 
Tapak kajian ialah Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup, secara kolektifnya dikenali sebagai tapak Ramsar di Iskandar Malaysia dan Sungei Buloh Wetland Reserve di Singapura.

Related Content

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Iskandar Malaysia's Strategic Roadmap

IRDA’s strategic direction is refere...

Awareness Of The Iskandar Malaysia Brand

Iskandar Malaysia’s Brand is growing...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

 
Share |