Kedatangan pelancong Singapura naik

09 October 2009 , By Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU 8 Okt. - Johor mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong Singapura sebanyak 12.2 peratus kepada 7,169,386 orang hingga Julai lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Tourism Malaysia Johor, Noridah Kamarudin berkata, peningkatan jumlah itu jelas menunjukkan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang menjadi ancaman utama kini tidak menjejaskan sektor pelancongan di negeri ini.

"Tempahan pakej bagi inap desa di kalangan pelancongan Singapura terus mendapat sambutan yang menggalakkan hingga kini.

"Cuma sedikit kesan yang dirasai adalah menerusi kedatangan pelancongan di kalangan pelajar sekolah apabila mereka menangguhkan tempahan buat sementara waktu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Noridah berkata, jumlah kedatangan pelancong Indonesia ke negeri ini turut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus kepada 1,340,754 orang sepanjang Januari hingga Julai lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Related Content

Comparison of Crime Index in Iskandar Malaysia

Year 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-Ap...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

Iskandar Malaysia's Strategic Roadmap

IRDA’s strategic direction is refere...

Procurement & Contracts Awarded in Iskandar Malaysia

IRDA Tender Board A and Kementerian Ke...

 
Share |