Industri pelancongan dijangka melonjak

09 October 2009 , By Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU 8 Okt. – Industri pelancongan di negeri ini dijangka terus melonjak berikutan penganjuran pelbagai acara sukan bertaraf antarabangsa yang akan berlangsung sehingga akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor, Hoo Seong Chang berkata, acara tersebut termasuk Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor 2009 dan Pertandingan Scrable Dunia yang kini mampu menjadi produk pelancongan utama di negeri ini.

Beliau berkata, acara sukan lain yang bakal berlangsung adalah Kejohanan Bola Keranjang Asia Lelaki Bawah 16 Tahun, Festival Kebudayaan Jepun dan Larian Laluan Kedua Johor Singapura.

“Industri pelancongan di negeri ini perlu sentiasa mengalami perubahan sama ada mewujudkan tempat menarik yang baru atau menganjurkan pelbagai acara sukan bertaraf antarabangsa.

“Ini kerana menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam menawarkan perkhidmatan dan produk terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong ke Johor pada masa akan datang,” katanya semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor (MTPNJ) di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar MTPNJ, Abdul Jabar Mohd. Tahir dan Pengarah Tourism Malaysia Johor, Noridah Kamarudin.

Dalam perkembangan lain, Seong Chang berkata, Johor kini menjadi perhatian di kalangan agensi pelancongan luar negara yang hadir untuk melakukan perbincangan bersama pihaknya.

Beliau berkata, antara pihak yang berminat adalah agensi pelancongan yang mewakili 26 wilayah di China yang tertarik dengan keindahan pulau-pulau yang terdapat di Johor.

Selain itu kerajaan negeri turut menerima kunjungan agensi pelancongan dari Jepun, Hong Kong dan Taiwan hasil kejayaan melakukan promosi di negara berkenaan awal tahun ini.

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

What is Iskandar Malaysia : Industry Cluster

Industry Cluster   The Framework ...

Investor Relations: Aim & Job

Main Aim We at Inv...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

 
Share |