RM8.2j pertingkat tahap keselamatan

28 September 2009 , By Utusan Malaysia

MUAR 27 Sept. - Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM8.2 juta tahun ini untuk penambahbaikan keselamatan awam di Johor.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, tiga langkah yang diberikan penekanan adalah penambahan balai polis komuniti, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengambilan lebih ramai polis bantuan.

Beliau berkata, program penambahbaikan tersebut akan dimulakan di kawasan selatan Johor terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia yang kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negeri.

"Kita mengambil langkah supaya masyarakat merasakan kewujudan pihak polis pada setiap tempat. Pendekatan yang diambil juga akan membentuk kerjasama lebih rapi dan akrab antara polis dan masyarakat terutamanya di peringkat tempatan," katanya di sini baru-baru ini.

Abdul Ghani berkata, sebanyak 100 balai polis komuniti dijangka dapat diwujudkan menjelang akhir tahun ini di seluruh negeri dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Boleh dikatakan, setiap kawasan penduduk yang tidak lebih 1,000 rumah akan ada satu pos polis komuniti yang akan diletakkan seorang anggota polis bersama-sama enam yang lain yang diiktiraf sebagai sukarelawan polis," katanya.

Mengenai pemasangan CCTV, kawasan selatan Johor akan mempunyai sebanyak 1,000 CCTV dan ia merangkumi lokasi di tempat awam serta di bangunan-bangunan persendirian, katanya.

Seramai 200 anggota polis bantuan turut dilatih dan dijangkakan anggota terbabit dapat memulakan tugas di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan selatan Johor menjelang akhir tahun ini.

"Polis bantuan ini akan diletakkan di kawasan mengikut PBT, tetapi tetap di bawah arahan dan perintah (IPD) Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing," katanya.

Beliau memberitahu, langkah pengambilan polis bantuan oleh pihak PBT merupakan usaha untuk menambah kekuatan pasukan anggota keselamatan sedia ada.

Bagi menggandakan jumlah polis bantuan, sebuah akademi latihan akan turut ditubuhkan dengan mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya.

Related Content

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Procurement & Contracts Awarded in Iskandar Malaysia

IRDA Tender Board A and Kementerian Ke...

Strategic Advantages

Located at the crossroads of the East-...

 
Share |