Kerajaan Johor memperuntukkan RM82juta bagi mempertingkatkan tahap keselamatan awam termasuk membabitkan penambahan balai polis komuniti, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengambilan lebih ramai polis bantuan.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata langkah penambahbaikan itu bagi memperkukuhkan kekuatan polis sedia ada itu akan dimulakan di kawasan selatan Johor terutama di kawasan Iskandar Malaysia sebelum diperluaskan ke seluruh negeri.
Katanya, mengikut perancangan itu, sebanyak 100 balai polis komuniti dijangka dapat diwujudkan menjelang akhir tahun ini dengan dilengkapi dengan kawasan penempatan untuk anggota polis yang bertugas di balai terbabit.