Usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut, samun tanpa senjata dan samun berkawan seperti yang disasarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai teras dalam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) kepada 20 peratus menjelang 2010, sebenarnya satu cabaran besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Empat negeri yang dilihat kritikal dalam usaha memerangi jenayah jalanan ialah Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Di bandaraya ini, statistic kes ragut kini mencatatkan penurunan memberangsangkan berikutan timbul kesedaran di kalangan orang ramai berhubung pentingnya kerjasama dengan pihak polis selain adanya pasukan petugas khas yang terkenal dengan jolokan ninya untuk memerangi jenyah terbabit.