SHTP tarik ramai pelabur

16 September 2009 , By Berita Harian

Pembinaan Taman Teknologi Tinggi Senai (SHTP) di kawasan seluas 400 hektar dalam Iskandar Malaysia mampu menarik lebih ramai pelabur ke koridor pembangunan ekonomi berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata ini sekali gus menjadikan Johor hab untuk pelbagai sektor pelaburan sama ada membabitkan perindustrian atau teknologi tinggi.

"Keperluan untuk pembinaan SHTP amat mendesak jika Malaysia mahu terus bersaing dengan negara lain bagi menarik pelabur asing dalam sektor teknologi tinggi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
"Malaysia hanya ada satu Taman Teknologi setakat ini, seluas 1,600 hektar di Kulim, Kedah dengan menawarkan pekerjaan kepada lebih 20,000 rakyat.

"Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 23 Mei lalu, meluluskan pembinaan taman teknologi tinggi di Senai, Johor," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) dengan kerajaan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di Johor Bahru, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof.

Artikel Berkaitan

Muat Turun Risalah IR

Di sini anda boleh muat turun risalah-...

Membeli-belah di mana?

Membeli-belah Sebagai Gerba...

Perbandingan Kadar Jenayah

Tahun 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-A...

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM)

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Kenapa Malaysia? Fakta & Rajah

Persekutuan Malaysia merangkumi Semena...

 
Share |