Mencintai Alam Sekitar

Hasrat ke arah kualiti hidup yang setinggi mungkin, perancangan di dalam Iskandar Malaysia merangkumi perlindungan sumber semulajadi, tanah-tanah pertanian,pemeliharaan ruang terbuka awam dan swasta dengan pemberian berterusan untuk kemudahan-kemudahan taman dan rekreasi.

Sumber-sumber ini mengandungi satu persekitaran ekologi yang rapuh yang mengekalkan biodiversiti dan menyediakan faedah-faedah berharga serta kemudahan-kemudahan yang penting untuk mengekalkan kehidupan. Iskandar Malaysia akan menjadi Kawasan Semulajadi, Taman-Taman dan Kebun-Kebun dimana kawasan tanah seluas 23,158 hektar telah dikhususkan untuk penghijauan Iskandar Malaysia
 
Rancangan Penghijauan Iskandar Malaysia
Rangka kerja Rancangan Penghijauan Iskandar Malaysia adalah berpandukan kepada empat prinsip asas:
  • Kualiti alam sekitar untuk Iskandar Malaysia
  • Penciptaan habitat dan pengekalan Biodiversiti untuk Iskandar Malaysia
  • Pemuliharaan air dan pengekalannya
  • Peningkatan Persekitaran yang dibina dan kualiti hidup.
Objektif-objektif Inisiatif Penghijauan
Inisiatif komuniti Penghijauan ingin menetapkan objektif-objektif berikut sebagai panduan usaha-usahanya dan mengukur kejayaannya.
Hasil yang diinginkan :
  • Mendidik generasi akan datang untuk bertanggungjawab melindungi planet.
  • Meningkatkan kesedaran dan penyertaan komuniti dalam kelakuan bertanggung jawab terhadap persekitaran.
  • Mewujudkan minat di seluruh negara dengan penetapan piawaian dan prosedur-prosedur untuk pengamalan-pengamalan bertanggungjawab terhadap persekitaran.

Bangunan yang mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap atau lebih dikenali sebagai bangunan hijau ialah amalan meningkatkan kecekapan bangunan-bangunan yang menggunakan sumber tenaga, air, dan bahan-bahan dalam pada mengurangkan kesan bangunan terhadap kesihatan dan persekitaran manusia semasa jangka hayat bangunan tersebut, kedudukan, reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan penyingkiran yang lebih baik

Artikel Berkaitan

Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS)

Dalam usaha untuk menyokong pembangun...

Apakah Iskandar Malaysia? Bagaimana Kami Boleh Membantu

Bergerak ke arah Malaysia Pegawai-pega...

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM)

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Nusajaya

Nusajaya ...

Nusajaya

Location ...

Kenapa Malaysia? Kelebihan-kelebihan Malaysia

Merupakan sebuah Negara yang stabil, p...

Kenapa Malaysia?

Kelebihan-kelebihan Malaysia Terkemuka...

Apakah Iskandar Malaysia? Fakta & Rajah

Fakta & Rajah   Saiz Tanah I...

Pengangkutan di Iskandar Malaysia

Jalanraya Iskandar Malaysia mempunyai...

 
Share |