Kenapa Iskandar Malaysia? Insentif-insentif di Iskandar Malaysia

Insentif Awal dan Pakej Sokongan (ISP) di Iskandar Malaysia

Insentif-insentif ini, diumumkan pada Mac 22, 2007, adalah direka bagi menggalakkan dan menjana pelaburan awal ke dalam Iskandar Malaysia yang memfokuskan kepada 6 sasaran sektor berasaskan perkhidmatan pada nodus yang ditandakan.

 
Ia adalah:

Pengecualian cukai korporat selama 10 tahun
Pengecualian daripada pemerintah FIC

Dibenarkan untuk sumber modal secara global
Dibenarkan untuk menggaji buruh asing tanpa sekatan
 

Apakah kelayakkan ISP di Iskandar Malaysia?
Untuk mendapatkan kelayakkan insentif di atas, sesebuah syarikat perlu mempunyai Status-PBWP. Terdapat dua kriteria umum perlu dipenuhi bagi mendapat Status-PBWP iaitu:

1. Perlu terlibat dalam 1 daripada 6 aktiviti dibawah:

Industri kreatif
Perkhidmatan Pendidikan
Perkhidmatan perundingan dan nasihat kewangan

Perkhidmatan penjagaan kesihatan
Perkhidmatan logistik
Aktiviti berkaitan pelancongan

 
2. Berada di zon Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang telah diluluskan
 
 

Tambahan untuk Insentif Awal Dan Pakej Sokongan (ISP)
Sambungan Kelas-kelas berkelayakan ISP

Pakej insentif yang terkini, diumumkan oleh PBWP pada Oktober 9, 2007, melengkapkan pengumuman awal pada 22 Mac 2007.

Pada mulanya ditujukan untuk syarikat-syarikat berstatus Iskandar Malaysia dan pekerja asing berpengetahuan, ISP dilanjutkan untuk melibatkan pengurus pembangunan dan pemaju yang diluluskan.

Aktiviti-aktiviti berkelayakan di dalam sektor yang disasarkan berikut, adalah layak untuk ISP terkini yang diumumkan oleh PBWP pada Oktober 9, 2007.

Kreatif;
Pendidikan;
Perundingan dan nasihat kewangan;

Penjagaan kesihatan;
Logistik; dan
Pelancongan.

 
"Aktiviti-aktiviti berkelayakan" yang diluluskan oleh PBWP dalam 6 sektor sasaran di dalam nod yang diluluskan (Nod 1) adalah seperti berikut
 
1. Industri kreatif dan perkhidmatan berkaitan
  • Perkhidmatan rekaan dan kreatif
  • Perkhidmatan pemgurusan bakat kreatif
  • Filem dan televisyen
    Sebelum Penerbitan
    Penerbitan
    Selepas Penerbitan
    Pengagihan
  • Permainan dan animasi
    Pereka kandungan
    Penerbitan
    Selepas Penerbitan
    Pengagihan
  • Penghasilan kandungan telefon dan talian, dan pengiklanan
  • Pengumpulan kandungan dalam telefon dan talian, dan pembenar-pembenar
  • Penyelidikan kreatif dan pembangunan
  • Pengagihan dan pemasaran kandungan kreatif
  • Media berintegrasi dan perkhidmatan kandungan
  • Visual dan seni lakon

2. Perkhidmatan pendidikan
  • Universiti
  • Kolej
  • Institut Latihan Kemahiran
  • Institusi R&D
  • Pusat latihan serantau

 

3. Perkhidmatan perundingan dan nasihat kewangan
  • Perkhidmatan kewangan Islam
  • Proses perniagaan dari luar / sokongan
  • Perkhidmatan perunding dan nasihat korporat

4. Penjagaan kesihatan dan perkhidmatan berkaitan
  • Hospital dan pusat perubatan alternatif
  • Percantuman perkhidmatan pergigian dan ortodoks
  • Penyelidikan jagaan kesihatan dan pembangunan
  • Perkhidmatan makmal bersepadu

5. Perkhidmatan logistik
  • • Perkhidmatan-perkhidmatan rantaian bekalan bersepadu
  • • Perkhidmatan rangkaian bekalan bernialai tinggi

6. Pelancongan
  • Hotel
  • Taman-taman tema, hiburan dan pusat hiburan keluarga, dan pusat kebudayaan
  • Pusat persidangan dan pusat pameran
  • Perkhidmatan operasi hotel dan beriadah serantau
 
Senarai aktiviti berkelayakan yang dikenal pasti oleh PBWP, bagaimanapun adalah tidak menyeluruh dan boleh jadi dikaji serta disemak semula dari semasa ke semasa, sejajar dengan keperluan-keperluan bagi pelabur-pelabur, rantau, dan juga negara.

Artikel Berkaitan

Kenapa Iskandar Malaysia? Lokasi Strategik

Global Dalam perspektif global, pemban...

Hubungan dengan RMK-9

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-20...

Kenapa Iskandar Malaysia? Kelebihan-kelebihan Strategik

Terletak di persimpangan laluan-laluan...

Kenapa Malaysia?

Kelebihan-kelebihan Malaysia Terkemuka...

Pautan Berguna

Organisasi Kerajaan    ...

Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS)

Dalam usaha untuk menyokong pembangun...

 
Share |